MENGENAI KAMI

Keyrole Management menawarkan pelbagai perkhidmatan pembangunan perniagaan dan keusahawanan terutamanya kepada pengusaha kecil serta sederhana (PKS) yang ingin memulakan atau sedang menguruskan operasi perniagaannya. Kami telah melatih, memotivasi serta memberi galakan dan dorongan kepada lebih 1000 usahawan supaya terus berjuang di dalam bidang perniagaan yang sedang mereka ceburi. Kami amat perihatin kepada aspek – aspek yang berkaitan dengan kualiti, inovatif dan yang paling penting ialah kejujuran kepada majikan kami iaitu PELANGGAN.

VISI KAMI
Sebagai ‘one stop centre’ yang menyediakan pelbagai perkhidmatan perniagaan bagi keperluan usahawan bermula dari penyelidikan pasaran, membangunkan profil syarikat, penyediaan kertas cadangan hinggalah ke pelan / rancangan perniagaan.

MISI KAMI
Kualiti, Kepercayaan, Kejujuran, Kerjasama, Ketepatan dan Profesionalism

OBJEKTIF KAMI
Mendidik usahawan kecil dan sederhana sama ada yang kurang pengalaman atau yang baru memulakan perniagaan untuk memiliki daya saing yang kreatif dan berinovatif bagi menghadapi pelbagai cabaran di pasaran yang luas di negara ini.


KITARAN PERNIAGAAN
Dalam membentuk serta membangunkan sesuatu produk atau perkhidmatan perniagaan itu mempunyai kitarannya yang tersendiri. Ini dapat dilihat melalui rajah di bawah
Pada peringkat permulaan perniagaan perkara pertama yang perlu disediakan oleh seorang usahawan ialah profil syarikat di mana ia seumpama sebuah resume atau CV tetapi lebih menjuruskan kepada keupayaan dan kebolehan syarikat dalam menawarkan produk atau perkhidmatan yang relevant kepada prospeknya.

Setelah profil syarikat diedarkan kepada prospek dan didapati prospek berminat dengan usahawan berkenaan maka peringkat seterusnya ialah mencadangkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang dapat membantu menyelesaikan masalah prospek tersebut.  

Apabila prospek bersetuju dengan kertas cadangan usahawan tersebut maka satu kontrak atau perjanjian telah termeterai tetapi usahawan tersebut menghadapi kekangan dari segi modal dan ingin mendapatkan pembiayaan sama ada daripada institusi kewangan ataupun pelabur yang berminat dengan perniagaan yang dijalankannya. Oleh itu usahawan berkenaan akan menyediakan rancangan perniagaan bagi memberitahu kepada pembiaya tentang hala tuju syarikat dalam masa 3 ke 5 tahun akan datang dan pulangan yang akan diperoleh dalam tempoh tersebut.


PERKHIDMATAN KAMI
Melalui kitaran perniagaan yang dibentangkan Keyrole Management menawarkan perkhidmatan yang berhubung dengan pembangunan perniagaan serta keusahawanan di antaranya ialah



§MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN PROFIL SYARIKAT
Gaya persembahan yang positif, muka depan (cover page) yang berwarna, penjilidan yang kemas dan susun atur grafik yang profesional yang disediakan oleh Keyrole Management membantu meningkatkan lagi imej perniagaan untuk menarik minat sasaran prospek anda

§MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
Penyusunan maklumat yang teratur dengan persembahan yang komprehensive serta penyediaan kos yang tersusun membantu menyakinkan sasaran pelanggan anda bahawa andalah pilihan tepat mereka untuk mewujudkan hubungan perniagaan dua hala.

§MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN PELAN / RANCANGAN PERNIAGAAN ATAU PEMASARAN
Menurut satu kajian yang dilakukan di Havard Universiti di mana ia menunjukkan hanya 3% daripada usahawan kecil berjaya maju menjadi sebuah syarikat yang besar di mana elemen utama yang dikongsikan oleh usahawan – usahawan yang berjaya ini ialah mereka mempunyai pelan atau rancangan perniagaan yang tertulis dan diikuti secara aktif. Pelan atau rancangan perniagaan yang disediakan oleh Keyrole Management bukan sahaja terperinci tetapi berbeza daripada yang lain kerana setiap perniagaan akan dikaji dari aspek hala tuju industri dan juga trend pasaran masa kini.



§   MEREKODKAN DATA KE SPSS
Selain itu Keyrole Management turut menyediakan perkhidmatan merekodkan data ke SPSS terutamanya kepada golongan pelajar separuh atau sepenuh masa di institusi pengajian tinggi dan juga usahawan yang hendak mengetahui maklumbalas pelanggan mereka di mana kami akan membangunkan variable column, memasukkan data ke dalam data view serta menganalisis data berkenaan


PELANGGAN KAMI
Pelanggan merupakan aset terpenting Keyrole Management dan siapakah kami tanpa pelanggan. Di Keyrole Management kami amat menitikberatkan keperluan pelanggan dan ramai di antara mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan di antara pelanggan kami ialah:-




Nama pelanggan   : Afes Plastic Industries Sdn Bhd
Status                    : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM2 juta bagi
                                  tujuan pembelian aset bukan semasa dan modal kerja                          
                                   
Nama pelanggan   : Cahaya Logistic Enterprise
Status                    : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM350 ribu 
                                 bagi tujuan pembelian aset bukan semasa 
                                  
                               
Nama pelanggan   : Qaisy Global Jaya
Status                    : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM150 ribu
                                 bagi tujuan pembelian aset bukan semasa dan 
                                 modal kerja 
                                   
                                     
Nama pelanggan   : Megat Hijazz Trading
Status                    : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM90 ribu
                                 bagi tujuan pembelian aset bukan semasa


Jika anda berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenainya sila hubungi Sha di 012-2037515 atau email ke keyrolemanagement@gmail.com Kami akan menghubungi anda di dalam tempoh 24 jam. Mulakan langkah anda dengan kami dan bersama – samalah kita menuju ke puncak kegemilangan